Bunga memekar; orang bersenyum, dan dunia ini indah.

Matahari bersinar; rama-rama menari; lebah berkeliruan, dan kami suka berkebun. Ini adalah hobi dan kerja kami.

Marinus dan Cathryn di MC Nursery, Oktober 2015.

Cerita Kami

Saya Marinus dan isteri saya Cathrine. Sewaktu kami berkahwin, saya menjanjikannya sebuah nurseri bunga. Saya mengambil masa hampir 20 tahun dan tiga anak kemudian untuk menunaikan janji ini.

Produk dan Servis Kami

Sila datang ke MC Nursery untuk melihat pokok-pokok bunga dan pasu-pasu bunga yang ada di taman kami.

Pokok Bunga dan Benih

Kami mempunyai pelbagai jenis bunga kertas bonsai , orkid hibrid, pokok dedaun, pokok bunga, dan benih pokok buah-buahan untuk dijual di sini. Sila datang ke MC Nursery di Lakang, Tamparuli Sabah untuk melawatii kebun bunga kami.

Read more
Pasu Bunga dan Alatan Berkebun

Kami mempunyai pasu-pasu bunga yang cantik, tanah hitam dan baja yang berkualiti, dan semua jenis alat-alat berkebun untuk dijual di sini.

Read more
Sewa Pokok Bunga Hiasan

Kami menyewakan pokok bunga kami untuk tujuan hiasan majlis perkahwinan dan majlis-majlis rasmi pada harga yang berpatutan. Sila hubungi Marinus (013-8653678) di MC Nursery, Lakang, Tamparuli untuk maklumat selanjutnya.

Read more

SILA LAWATI MC NURSERY

Di Lakang, Tamparuli Sabah, 40 minit memandu dari Kota Kinabalu. Panggilan / SMS / WhatsApp: +60138653678 (Marinus)

Koleksi Bunga-bunga Kami

Kami menanam semua bunga ini dengan penuh kasih sayang, dan mereka membalas budi dengan keindahan dan kesuburan mereka.